Anis Azalea

Welcome To My Random Stories. From blogging about my family, recipes, hobbies, eating out and good bargain place. A little chit chat about myself so you will know me better.

Saturday, April 14, 2018

Giliran Rabiyah Dan Faisal Pulak Menikah

April 14, 2018 1
Selang seminggu si Uji menikah, Rabiyah anak kedua kak Pa pulak menikah dengan pasangannya Faisal. Rabiyah juga lahir di Sg. Koyan dan Faisal orang Kajang. Dokek jo rumah dengan mertuanya yo. Eh titibe aku cakap nogori sebab abang ipar aku suami kak Pa tu orang nogori. Majlis berlangsung di Masjid UKM. Kekeke...aku gelak bukan apa..aku ni ke UKM dah macam tersangkut selamanya kat situ. Ada je reason untuk masuk ke UKM. Tapi nak sambung belajar tidakla ya...penat kerja dah habis bayar hutang PTPTN 😅😅😅.

Aku hari Jumaat lagi dah datang rumah kak Pa tolong mana patut. Isi barang dalam goodie bag le sambil sakan berborak. Bila lagi nak kecoh dengan adik beradik. Kekeke...siapa masuk dalam ahli keluarga kami sila bertabahlah ye. Memang bising aje. Kutuk puji semua depan2.

Majlis berlangsung jam 11 pagi. Sekali lafaz je..pastu pergi makan. Jam 2.30 petang baru pengantin makan beradap. Lauk pauk nogori memang ada. Paling aku suka rendang daging ler. Sedapnya wei siap tapau bawak balik. Hahaha..aku pun balik2 ke rumah homestay. Solat zuhur dan datang balik. Tak solat pulak dalam masjid. Tak jumpa tandas sementara untuk perempuan. Tandas yang renovate tu tak siap2.

Lepas zuhur aku follow kak Ted. Laki dan anak tido kat homestay. Depa dah penat sangat bangun pagi2. Aku pun duduk kat majlis sampai jam 5 petang. Sampai habis majlis. Jumpa adik beradik dan saudara mara yang datang dari Singapore. Puaslah bergambar. Tepek kat sini mana yang lawo jelah..hahahaha...

Jurukamera tak bertauliah ramai. Yang pro seorang je. Jadilah buat kenangan..lega dah kak Pa lagi sorang anak dah kahwin.




Bapa pengantin, abang Musa

Rabiyah dan adik2 perempuannya. Tak nampak Mariah pulak.





Comel je 2 orang ni.




Kak Ma tu acting je lebih. Dah makan dengan kami tadi. Hehe.

Sengihlah pengantin sampai mulut sakit2.


Dua2 kerja kat hospital yang sama. Senanglah pergi balik kerja lepas ni.

Bagi mak pak jadi pengantin kejap. Dah 31 tahun diorang kawen.

Kena paksa pegang tangan. Ni pun bercinta lepas kahwin.


Yang pakai baju batik tu abang Ali, sepupu kuat tu.

Kek ni sedap okay. Tapi sepotong tu makan ramai2. Tak tamak ok.

Gambar dari GoPro kak Ted. Sukalah gambar ni. Hehe.

Yome dari kelas kat Shah Alam terus datang. Bini dan anak2 tak dapat datang sebab ada yang tak sihat.

Abang Musa post gambar ni lepas bersihkan kawasan masjid. Cayalah depa siap bergaya dengan penyapu bagai.

Next kenduri 30 Jun dan 5 Ogos. Berderet anak buah kawen oiii..

Sunday, April 8, 2018

Top 5 Pilihanku Untuk Koay Teow Sedap

April 08, 2018 6
Kami laki bini suka koay teow. Tapi laki aku koay teow tu no. 1 dia la. Boleh je bertukar fikiran nak makan benda lain tapi bila tengok dalam menu ada koay teow terus di ordernya.

So kat area rumah kami ni adalah beberapa kedai makanan kegemaran. Kot2 nak makan pada hari bekerja di waktu malam. Kalau weekend memang selalu pergi cari makanan jauh2. Kira kedai yang sedap ni kita simpan untuk weekdays or bila malas nak pergi jauh2. Tapi laki ni tak kisah...asal sedap dia sanggup drive. Tinggal lagi perut tu tahan lapar ke tak. Haha.

So buat masa ni top 5 akulah...

1. Bang Rak, Bandar Kinrara 5
2. Langgaq, AU2
3. Doli, (Dulu ada kat TTDI sebelah Naelofar, la ni kat Subang Jaya, original kat Taiping)
4. Homst (original kat TTDI, suka p kat sana je..yang lain cam entahlah)
5. Azee Restaurant, Puncak Jalil

Oklah..lain tekak lainlah rasanya ya...

Azee ni kedai Melayu yang paling bersih kat Puncak Jalil.

Azee Restaurant 

Kedai Bang Rak ni kedai Thai ok..so memang sedapla..banyak hidangan yang kami suka makan kat sini. 

Bang Rak, BK5

Saturday, April 7, 2018

Tahniah Untuk Abdul Aziz Dan Nabilah

April 07, 2018 0
Pembuka perkahwinan tahun ni jatuh kepada anak keempat kak Ma. Dah sampai jodoh dalam usia 24 bertemu dengan pasangan yang sama umur. Tapi aku tak dapat pergi sebab minggu tu ada mak mertua kat rumah nak buat check up kat hospital Putrajaya. Jadi gambar2 dari family yang pergi jelah...

Nikahnya 6 April. Majlis kenduri 7 April. Alhamdulillah semoga berpanjangan jodohnya hingga akhir usia.

Anak buah aku ni panggilan manja Uji..lahir kat dalam rumah mak di Sg. Koyan. Isterinya orang Kota Tinggi. Cinta lepas kahwin la mereka ni. Masing2 belajar/mengajar di madrasah yang sama.

Hari nikah










Pergi kenduri ni seronok bukan apa masa tulah dapat jumpa saudara mara dan bersembang sakan. So kami sembang dalam whatsApp jelah..

Saturday, March 31, 2018

Lawatan Ke Petrosains, KLCC

March 31, 2018 2
Asalnya nak jumpa kawan2 lama yang masih lagi buat2 kerja untuk Petrosains. So sambil tu melawat la kawasan exhibit. Last time pergi Aqlan masih dalam carrier.

Harga tiket RM20 untuk dewasa. Kanak2 tak ingat. Tapi masa pergi tu ada diskaun 10% sebab satu exhibit ditutup iaitu Diorama. Kawasan dinosaur dan gunung berapi tulah..tapi itulah tempat yang aku nak tunjuk ke Aqlan sebab dia suka volcano.

Kami sampai jam 10.30 pagi camtu, orang masih belum ramai. So cepat je queue untuk naik dark ride. Share dengan satu keluarga cina. Aqlan pulak bising nasib boleh kawan dengan anak cina tu.

Dah naik dark ride mulalah terkenang kisah lama. Haha..inilah tempat pertama aku bekerja. Walau jadi volunteer je tapi aku sangat enjoy dan kat sinilah social life community aku bermula. Kalau tak...haram nak bercakap banyak.

Petrosains dah 19 tahun....so adalah beberapa exhibit baru. Takkanlah nak kekalkan yang lama selamanya.

Syukurlah Aqlan suka benda2 sains ni jadi dia tak boring. Semua benda nak dicuba. Hehe.

Peace!




Dah tiba stesen pertama terus kena snap ambil gambar. 

Sengih jelah kan..bayar kemudian.

 
Angkasawan sleeping bag



Boleh berangan kat sini ambil gambar dan jadi astronaut. 

Ni tengah bawak kapal angkasa ok.

Stesen ketiga..yang kedua Diorama yang kena tutup sementara tu..

Kalau boleh dia nak main selamanya



Science play pasal proses penghadaman makanan sehingga menjadi tinja.

Terusla dia kata ewwwww stinky poop. 


Ni pun macam tanak bergerak. Seronok sangat main.

Seterusnya stesen keempat, Platform. Kehidupan pekerja dalam kapal pun sudah ditutup exhibit. Mesti ada sesuatu.. hurm.. dulu2 jaga sini seram boleh naik bulu roma kalau takde orang lain. Hehe..

Dulu kawasan helikopter ride. Now dah takde. Ganti proses mining.

Ni muka jaga platform zaman dulu kala..


Oil rig

Stesen kelima Speed. Dulu Downstream.

Dia punya suka jumpa enjin kereta lumba...


Kaki pendek tak sampai nak tekan pedal..hehe..

Stesen keenam ialah Molecule. Kat sini aku jumpa kawan. Ada cafe. Boleh makan dan lepak berjam2. Eh..

Dengan Nomy, volunteer terawal dan ketua alumni volunteer. Banyak kami borakkan..dari hal2 volunteers sampailah pasal anak2.

Suamiku sungguh setia dan sabar menunggu aku berborak sakan. Bagus jugak dia boleh berbual2 dengan Nomy macam kawan2.


Lawatan ni bermakna untuk budak ni.





Sebelum balik kami masuk tengok tayangan 3D. So bolehla layan cerita dinosaur kejap. Kat sini juga bolehla print gambar2 yang diorang ambil tadi. Total bayar RM37 untuk 1 print. Kalau nak bawak balik copy gambar2 lain dia caj RM10. Dalam tempoh 2 minggu kena claim melalui QR code. Kalau tak hilang.


Babai nak balik dah..3 jam dalam tu ok. Tu pun tak puas banyak yang tak terlayan..

 

Recent Comments