Sabtu, 19 Ogos 2017

Kedai Farmasi Murah

Bila cari2 barang yang harganya memang telan air liur kita sanggup buat perbandingan demi nak save RM kan. Kalau dah sampai RM10 bezanya itu dah besat sangat.

Umum mengetahui produk2 skincare ni tak murah. Jumpa doktor pun bayar consultation dah RM30. Belum masuk harga2 ubat. Merawat memang boleh jadikan purse gawat.

Jadi berdasarkan pencarian di google berkenaan masalah kulit aku yang seakan2 sama dialami sekarang, aku cuba juga ikut produk apa yang sesuai dipakai.

Bila type nama2 produk ni akan keluarlah nama2 website yang menjual produk tersebut. Sekarang zaman online semua boleh beli hujung jari. Tapi aku usha harga je untuk buat perbandingan. Aku suka menapak ke kedai.

Bila dah tetapkan hati nak pakai apa jadi kita singgahla mana2 kedai yang jual produk tu. Alhamdulillah ada laki yang rajin layan. Sebab kedai2 ni perlu memandu kereta untuk ke sana. Kalau dalam mall sejuk, ini tidak. Ia terletak di deretan rumah2 kedai. Tapi laki aku memang suka situasi ni. Park pastu jalan kejap masuk kedai. Kalau tak jumpa parking dia pusing2 sambil aku memilih barang di dalam kedai.

Farmasi atau kedai2 kecantikan yang biasa kita dengar seperti Watsons, Guardian, Caring kan. Tapi sejak aku jumpa susu kambing yang murah untuk Aqlan di Farmasi AA, aku masuk balik kedai ni untuk cari produk bagi diri sendiri. Setakat ni farmasi ni yang aku pergi tak pernah ada dalam mall. Mesti di rumah2 kedai.

Jadi hari ni aku ke Caring, salah satu sebab boleh dapat point Bonuslink. Laki ada point yang banyak untuk di redeem dengan cash voucher. Tapi dia tak bawak pulak. Aku jumpalah apa aku nak tapi tak jadi beli. Rasa macam tak keruan tengok harga. So pergi Guardian pulak.

Di Guardian aku jumpa juga tapi pun mahal. Ermmmm tiba2 sangsi betul ke perlu ni?

Laki yang baik hati bawak juga aku ke Farmasi AA. 2 cawangan farmasi pergi sebab yang pertama takde. So yang kedua baru ada. Dan syukurlah tak beli kat farmasi2 sebelum ni sebab beza harga banyak...ada doubt tu. So kat sini aku pun belilah...yang syoknya bila dah bayar harga macam ada diskaun lagi. Hehe. So rasanya lepas ni kalau nak beli produk2 ni aku dapatkan di Farmasi AA jelah. Tapi kalau emergency nak buat camna kan.

Apa yang aku nak highlight kan ialah pasal perbezaan harga ya. Korang kalau nak berjimat jadilah macam aku buat perbandingan pelbagai kedai. Tapi kalau duit terlebih dan masa pun kurang, so proceed jelah kat kedai mana yang dijumpai tu.

Ni bukan berbayar punya promosi. Just sharing ok. Haha.


2 botol 1000ml  (in total dapat 2000ml/2 liter) washlotion untuk mandian Eucerin ialah RM99. Kedai lain RM129. RM30 kot beza.

Lotion badan Eucerin 250ml pulak RM32. Kedai lain RM40. Dah RM8. Erk erk...banyak kan..

Face mist Eucerin 50ml RM16. Kedai lain RM23. Dah beza RM7. In total aku dah save sebanyak RM45 ok. Walaupun kedai lain tengah sale, harga sale pun tak boleh compete harga di Farmasi AA..

Kedai ni takla nampak glamour. Sempit. Tapi pilihan sangat banyak. Siap ada produk2 rare. Syok woo...

Korang boleh ke FB page diorang untuk tahu kat mana lokasi2nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.